jgn lupe tengok..
Ahad, 18 November 2012
Selasa, 23 Oktober 2012
Isnin, 17 September 2012
My Photos
Datin Aisyah |
Yang depan gmbr Aina yg blkg gmbr Nadhrah |
Gambar Farhah dan Fairuz |
Gambar Fairuz dan Nadhrah |
Gambar Kak Aina dan Fairuz |
Gambar Ain dan Fairuz |
Gambar Ros dan Fairuz |
Gambar Fairuz dan Thaqifah |
Isnin, 13 Ogos 2012
Fun-We Are Young
In a Class Smkpp9(2),video hantu....
Sabtu, 11 Ogos 2012
ALAMANDA
Assalamualaikum semua….hari nie nak cerita apa
ye???nak cerita pasal..ha semalam Fairuz gi alamanda…best plak,bleh gi
MPH..fairuz gi nagn kawan sekelas…perempuan yang gi 4 orang je,lelaki ramai
gakla…tapi fairuz tak campur ngan lelaki..mls..semalam Fairuz jumpa kawan
sekelas nama die Aina,kt bas stop dpn alamanda,ha Aina kantoi tak gi
sekolah(takdela die ade alas an sendiri taknak dtg sklh bkn saja2,lagipun die
sakit sian die..)ih3…jangan marah tau Aina..hehe..kawan Fairuz nak beli baju
raya..jadi Fairuz temanla,alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal
lengan,Fairuz pun apa lagi shopping kt MPH je la…seronok,dahla banyak buku dlm
tu,nak beli buku smpi tak tahu nak pilih,ada novel,majalah ngan komik.rasa cam
nak beli semua sekali,malangnya duit yang dibawa tidak mencukupi…. L ..kat sana
memangla best,tapi cubaannya kuat,oh lupa nak bagitahu nie pergi waktu bulan
puasa..kat sana memang banyak minuman ngan makanan,Fairuz tak lapar pun Cuma dahaga
je..klu dapat minum nie mesti syok..nasib baik air liur tak meleleh…hehex..oklah
sampai sini je,tangan pun dah malas nak taip,nak pegi baca buku yang dibeli
semalam,bye,Assalamualiakum Warahmatullah Hiwabarokatu…!!! J ..!!...
Ahad, 1 Julai 2012
My Friends
Nur Anisnajwa |
Aisyah Eizanurani |
Nurbasyirah |
Ros Alia Izora,Ain Madihah,Nur Fairuz dan Nur Farhah |
Aisyah Eizanurani dan Qienah |
Nadhrah Athirah |
Farah Amirah,Aisyah Eizanurani,Nur Aina Aqilah,Nur Fairuz dan Nur Athirah (Ramai-ramai..huhux) |
Ain Madihah |
Nur Aqilah |
Ros Alia Izora |
Aisyah Eizanurani |
Novel Comel : Rahsia Linda
Novel Comel : Rahsia Linda |
Assalamualaikum,hai hari ini hari isnin!!ok…hari nie Fairuz nak
ceritakan tentang Novel comel Rahsia Linda pulak….haritu Ada Apa dengan Fahrin
dan Farah kan..best tak cite die,mesti bestkan!!!ok…Novel comel Rahsia Linda
nie menceritakan tentang latar belakang Linda ahli The Wannababes.Linda ialah
ahli The Wannabanes yang hanya berlakon menjadi anak orang kaya,walhal sebenarnya
dia anak orang yang bertaraf biasa sahaja…Apabila ahli The Wannababes yang lain
menayangkan barang-barang mahal yang dibeli di luar negara,Linda pula hanya
menayangkan stoking jenama Nike yang baru dibelinya,dia juga mnceritakan
tentang percutiannya ke Bali pada waktu cuti sekolah,padahal dia tidak pernah
pergi Bali pun...yang ada dia research tentang Pulau Bali lepastu dia cerita
yang dia macam betul-betul pergi…Linda juga sanggp berbuat apa sahaja demi
memiliki barangan berjenama.Dia rajin mengintai-ngintai peluang ketika di
mompleks membeli belah.Jika ada jurujual yang terleka,pasti Linda lebih tangkas
memasukkan minyak wangi,beg duit dan pakaian ke dalam beg galasnya.Linda bukan
setakat menipu malah dia juga mencuri.
Itu semua sudah sebati dengan hidup Linda.Hidup yang penuh
pura-pura demi mempertahankan glamour dan popular.Linda juga selalu menjual
kuih –muih yang dibuat oleh emaknya,Mak cik Zainab bersama adiknya,Yati.
Ok…sampai sini sahaja cerita Rahsia Linda…Dah habis dah…janganlah baca..
Apa nie tak paham ke orang kata dah habis…hahax..oklah sampai
berjumpa di lain cerita…bye..aslm…!!! ^_^
Sabtu, 19 Mei 2012
Novel Comel : Ada apa dengan Farah dan Fahrin???
Gambar depan Novel Comel Ain Maisarah yang bertajuk(Ada Apa Dengan Fahrin & Farah???) |
gambar belakang buku novel comel |
Cerita ini mengisahkan sejarah pertemuan Farah dan Fahrin.
Dalam cerita ini Farah terpilih dalam program pertukaran pelajar
Malaysia ke Australia.Amir mengizinkan Farah menyertai program itu tetapi
dengan syarat,Syaratnya ialah TIGA BULAN LAGI APABILA FARAHBALIK MALAYSIA,KITA
TERUS BERTUNANG!.Sewaktu Farah sedang bercakap dengan dua orang kakak mahasiswi
di Australia,tiba-tiba terdengar suara seseorang memberi salam dari arah
belakang Farah.Farah memmusingkan kepala dan mencari tuan punya suara.Sebaik
sahaja bertentang mata dengan lelaki itu,Farah terasa denyutan jantungnya
terhenti.
Lelaki itu merenung Farah sebelum memberi salam lagi.Farah masih
terkaku.Hanya matanya saja yang bkelip-kelip.
Fahrinudin Faiz bin Rahiman.
Fahrin jejaka idaman Sri Bangsar,memunculkan diri secara tiba-tiba
di Australia.Memang pelik percaturan takdir yang di tentukan ilahi.
Fahrin meminta maaf kepada Farah dan mereka berjanji ingin menjadi
Friends Forever!
Setelah 3 bulan berlalu
Farah kena balik ke Malaysia.Sebelum Farah naik kapal terbang
Fahrin memberi Farah sepucuk surat.
Di dalam kapal terbang Farah melihat surat yang diberi oleh Fahrin.
For my precious,
Farah Aryani!
Jantung Farah berdegup laju.Tangan Farah membuka surat itu dengan
perlahan-lahan.
Dearest Farah.
Believe it or not,this is my first attempt of writing
a love letter.
Tak pernah seumur hidup nak mengarang ayat-ayat
cinta.Tetapi untuk Farah,Fahrin cuba juga.Susah
rupanya nak menyatakan rasa
hati.So please bear
with me.These words will not be romantic.How-ever…
it is sincerely from my heart.
I DON’T WANT TO LOSE YOU AGAIN.
I WANT TO BE WITH YOU.
I WANT US TO BE TOGETHER.
Farah tak perlu beri jawapan sekarang.Fikitlah dulu.Fahrin akan
setia menunggu.
Jumaat, 4 Mei 2012
Cikgu BM marah
Assalamualaikum,hai blog hari nie aku takde cite la…haaa…ye
tak ye..ade2..Cuma satula….baca tau…bacala cepat…oiii cepatla baca…terukla kau…aku
suruh kau baca..kau taknak…CEPATLA!!!haha ok2 aku tulis…pada suatu hari…cpt
tepuk tangan…ok dah habis…cerita sebenarnya adalah…ok2!!!
Sebenarnya hari ni,lepas rehat kelas Fairuz ade
matapelajaran BM…cikgu kita orang,(taknak bagth nanti korang takleh simpan
rahsia..haha)die ajar kite orang tentang syair…so dia bagi kita orang dengar
mcm mne orang baca syair kat laptop die…time kita orang dengarkan ade dengar
sesuatu bunyi…jeng3…bunyi orang tengah baca syairla hahax..lepastu dia srh kls
kitaoarang baca syair sorang demi seorang…lps semua orang dlm kls baca…adela
kawan kitaorang ,(sapela tu)die gi panggil kwn kitaorang yg x msk kls,kononnya
diorang buat kerja(betul la kitaorang buat kerja apala kau Fairuz tuduh2
kitaorang)hahax lek2 aku main2 je…diorang pun msk kls…bile diorang msk kls
tiba2…cikgu suruh dirang baca syair je pun…bile kawan kitaorang yg satu nie nak
baca syarat2 sembelih…eh silap2…syairlakan,dia baru nak bgn…pastu cikgu
kitaorang tu tiba2 je mrh…die ckp kls kitaorang teruk…pastu cikgu merajuk…die
ckp saya mls nak ajar dah!saya taknak tandatangan buku kuning(buku yg semua
cikgu mengajar atau reilif msk kls)then eh then plak…lepastu dia terus keluar
dari panggung wayang..eh asal lak panggung wayang aduh kelas2…sebenanya aku
tulis kt blok nie bkn nak mengata atau sindir cikgu tu Cuma saya wakil dari
kelas saya,(mne leh bgth kls ape,klu Fairuz pun korang bukannya kisah tapi
memburukkan nama kelas Fairuz yg tersayang) ingin MEMINTA MAAF dr cikgu yg kami
sayang!!!KAMI SAYANG CIKGU,BETUL,BETUL,BETUL…hahax(tiru upin ipin pulak)
Perempuanku
Lirik Lagu Irwansyah – Perempuanku
Biarkan aku di sini untukmu
Aku hanya ingin menghibur malam ini
Malam yg pasti menyenangkan untukmu
Dan tentu untukku
Aku hanya ingin menghibur malam ini
Malam yg pasti menyenangkan untukmu
Dan tentu untukku
Biarkan di sini aku bernyanyi
Hanya untukku dan untuk menghibur kamu
Dan aku yakin senyummu tulus dan jujur
Hanya untukku
Hanya untukku dan untuk menghibur kamu
Dan aku yakin senyummu tulus dan jujur
Hanya untukku
Reff:
Perempuanku engkau cintaku
Tak mungkin bisa bila aku jauh darimu
Bisa bila ku pasti sedih
Ku cinta engkau
Cinta pada perempuanku
Perempuanku engkau cintaku
Tak mungkin bisa bila aku jauh darimu
Bisa bila ku pasti sedih
Ku cinta engkau
Cinta pada perempuanku
Semakin lama semakin ku tahu
Maksud hati tak hanya mencintaimu
Ku ingin habiskan hidupku
Hanya untukmu
Maksud hati tak hanya mencintaimu
Ku ingin habiskan hidupku
Hanya untukmu
Repeat reff
Ku cinta engkau perempuanku
Perempuanku
Perempuanku
My Heart
IRWANSYAH DAN ACHA SEPTRIASA |
Irwansyah & Acha Septriasa - My Heart
Disini kau dan aku
Terbiasa bersama
Menjalani kasih sayang
Bahagia kudenganmu
Terbiasa bersama
Menjalani kasih sayang
Bahagia kudenganmu
Pernahkah kau menguntai
Hari paling indah
Ku ukir nama kita berdua
Disini surga kita
Hari paling indah
Ku ukir nama kita berdua
Disini surga kita
Bila kita mencintai yang lain
Mungkin kah hati ini akan tegar
Sebisa mungkin tak akan pernah
Sayang ku akan hilang
Mungkin kah hati ini akan tegar
Sebisa mungkin tak akan pernah
Sayang ku akan hilang
If u love somebody
Could we be this strong
I will fight to win
Our love will conquer all
Wouldn’t reach my love
Even just one night
Our love will stay in my heart
My heart…
Could we be this strong
I will fight to win
Our love will conquer all
Wouldn’t reach my love
Even just one night
Our love will stay in my heart
My heart…
Isnin, 5 Mac 2012
Heset Dirampas.....hahax
Sabtu, 3 Mac 2012
KATA-KATA HIKMAT
Jumaat, 2 Mac 2012
Kata-Kata Motivasi Untuk Belajar
SUNGGUHKAH mawar tumbuh di datar,
Kalau datar mana alunnya,
Sungguhkah kata kamu belajar,
Kalau belajar mana pandainya?
Kalau datar mana alunnya,
Sungguhkah kata kamu belajar,
Kalau belajar mana pandainya?
Sebagai seorang pelajar, memang sudah menjadi tanggungjawab kita untuk belajar. Masalah dengan ‘tanggungjawab belajar’ ini ialah kita kekadang menjadi lali dengannya. Manakan tidak, ia sudah menjadi rutin harian selama berbelas-belas tahun.
Ia sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan. Jadi sudah tidak begitu terasa yang ianya merupakan satu tanggungjawab. Ia lebih kepada – pergi ke sekolah, bawa buku, jumpa guru, jumpa kawan dan balik rumah. Hidup seharian sahaja.
Hanya sesekali apabila musim peperiksaan tiba, baharulah sedikit terasa perlunya belajar. Malangnya, motivasi untuk belajar pula tidak sekuat mana. Abang sama sekali tidak menyalahkan adik-adik. Ia memang hampir tidak terasa suatu tugas. Hehee..
Kepada adik pelajar yang ingin menaikkan semula motivasi belajar, berikut beberapa kata-kata motivasi belajar untuk menaikkan semula semangat belajar adik-adik..
1. 95% kejayaan tergantung pada mindset. Mindset dibentuk dari pembelajaran.
2. Tumbuh itu adalah ciri-ciri makhluk hidup. Berkembang adalah ciri-ciri seorang manusia. Berkembang itu pula dimulai dari belajar.
3. Murid yang mempersiapkan diri dengan senjata informasi akan selalu memenangi pertempuran.
4. Tiada istilah gagal, yang ada hanya kejayaan atau belajar lagi.
5. Satu-satunya yang menghalang kita adalah keyakinan yang salah dan sikap yang negatif.
6. Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh dua kali pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.
7. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
8. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.
9. Belajar ketika letih adalah membuang masa.
10. Kerjakanlah lebih dari bayaran kamu dan kamu akan dibayar lebih dari yang kamu kerjakan.
11. Sulit jadinya bila kamu harus, tetapi mudah jadinya bila kamu ingin.
12. Gunakan akal kamu seolah-olah nyawa kamu bergantung kepadanya.
13. Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya.
14. Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
15. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
Larangan Memakai Gelang Berloceng
Larangan memakai gelang berloceng
APAKAH hukum memakai gelang kaki dalam kalangan wanita Islam?
JAWAPAN:
Apabila seseorang wanita itu menjaga auratnya di hadapan bukan mahram, ia bukan sahaja menjaga maruah dirinya, malah menjaga wanita mukmin seluruhnya. Maruah dan harga diri wanita begitu tinggi dan bernilai.
Wanita Islam wajib menjaga auratnya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak mereka atau anak tiri mereka atau saudara mereka, anak saudara lelaki mereka, anak saudara perempuan mereka, sesama perempuan Islam atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada wanita atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah kamu menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.”
(Surah An-Nur :Ayat 31)
Menutup aurat bukan sekadar memakai tudung semata-mata, tetapi ia merangkumi aspek keseluruhan tubuh seseorang wanita. Haram bagi seseorang wanita mendedahkan aurat kepada lelaki yang bukan mahramnya seperti yang dijelaskan oleh ayat di atas. Perlu dijelaskan kerana kegagalan menjaga aurat menyebabkan ramai wanita dicampakkan ke dalam neraka.
Ini dijelaskan dalam sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Perempuan-perempuan yang memakai pakaian, tetapi masih seperti telanjang (mendedahkan aurat) sehingga memalingkan lelaki ajnabi ke atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun.” (Riwayat Muslim)
Etika pemakaian menutup aurat yang sempurna adalah pakaian mestilah longgar, tidak ketat, tidak jarang, tidak nipis, tidak memakai wangian yang melampau dan tidak menyerupai pakaian orang kafir. Cara berpakaian yang amat membimbangkan kini apabila ramai kaum wanita Islam memakai tudung di kepala, tetapi berpakaian ketat dan nipis sehingga menampakkan bentuk tubuh.
Islam melarang wanita mukmin memakai gelang berloceng kerana ia akan mengeluarkan bunyian ketika bergerak. Ini boleh mendatangkan fitnah dan menarik perhatian orang lain seterusnya boleh mewujudkan pergaulan bebas yang dilarang dalam Islam seperti yang dijelaskan dalam ayat di atas.
Jauhi susuk ayat
APAKAH hukum memakai susuk dalam Islam? Bagaimanakah pula dengan susuk ayat?
JAWAPAN:
SUSUK ialah logam emas, perak atau besi yang amat kecil dan dimasukkan ke dalam tubuh seseorang yang kononnya untuk menjadikan seseorang itu kebal dan cantik supaya ramai yang jatuh hati atau takut kepadanya.
Hukum memakai susuk adalah haram dan dilarang kerana amalan sihir jelas bertentangan dengan Islam.
Islam meletakkan sihir sebagai salah satu daripada dosa besar yang perlu dijauhi. Seperti sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud, jauhilah daripada tujuh dosa besar.
Mereka bertanya, wahai Rasulullah. Apakah dia? Sabda baginda: Syirik kepada Allah, mengamalkan sihir, membunuh diri yang diharamkan Allah kecuali dengan cara yang benar, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan yang baik melakukan zina. (Sahih al-Bukhari )
Trend terkini yang mengelirukan masyarakat dengan mengatakan bahawa harus menggunakan susuk ayat yang diambil daripada ayat-ayat al-Quran untuk kelihatan cantik wajib dijauhi.
Sesungguhnya Allah telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian dan manusia perlu menghargai nikmat kurniaan-Nya. Janganlah kerana sedikit kesenangan dunia yang sementara menyebabkan kita mendapat kesusahan di akhirat.
Langgan:
Catatan (Atom)