Assalamualaikum saya ingin menceritakan tentang cuti sekolah
akhir tahun lepas,saya telah melancong banyak tempat. Bermula dengan hari
terakhir sekolah iaitu hari Jumaat,saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana
mengikut keluarga ke Johor untuk mengambil abang saya yang belajar di Johor
Bharu,Pasir Gudang. Kemudian,minggu berikutnya saya pulang ke kampung halaman
di Perak,kerana ingin bertemu dengan saudara-mara.Minggu berikutnya saya dan
keluarga pulang ke kampung halaman sebelah emak di utara,Kedah,Kupang,disana
kakak kepada emak saya,merangkumi makcik saudara saya(mak’cak) membuat majlis
pernikahan anaknya yang sulung dan kedua. Kemudian,minggu berikutnya lagi saya
dan keluarga pergi kembali ke Johor,untuk menghantar abang saya,tetapi sebelum
menghantar abang,kami sekeluarga sempat bercuti dulu di Jahor Bharu(JB). Disana
saya dapat melihat laut,dan di seberang Johor terdapat pula Singapura. Kami
juga menaiki bot pada sebelah petang di Danga Bay,dan kami dapat melihat dari
jauh banggunan-banggunan Singapura. Terasa terlalu dekat untuk kami pergi ke
Singpura,tetapi kami tidak boleh ke sana sesuka hati…nanti tak pasal-pasal kena
tahan..hahax.. Pada sebelah malam di JB,kami duduk di hotel yang behadapan
dengan jalan raya..kami dapat melihat di jem yang sangat-sangat di JB,ramai
orang yang ingin kembali ke Singapore untuk bekerja di esok pagi. Kereta
semakin banyak sampaila jam 5.00pg, kereta semakin berkurangan...Minggu berikutnya
kami bercuti di Melaka.Di sana saya dapat melihat sebuah Bandar bersejarah.Saya
juga sempat melawat muzium di Melaka.Pada sebelah malam kami berjalan kaki dari
hotel ke shopping kompleks,kami ke sana untuk membeli belah sambil melihat Bandar
Melaka pada waktu malam......Sampai di sini saja cerita saya pada kali ini
semoga kita berjumpa lagi.....Wassalam..
Gambar saya sewaktu di hadapan Bot Danga Bay 3
Gambar ibu,adik dan abang saya di dalam kapal |
Gambar di dalam bot
Gambar keluarga saya sebelum naik bot
Gambar saya sebelum turun dari kapal Danga Bay waktu Senja
Gambar Pulau Singapura
Gambar Pegawai Polis dari Singapura
Tiada ulasan:
Catat Ulasan