Isnin, 5 Mac 2012

Heset Dirampas.....hahax




Assalammualaikum semua,nak tahu x....haritu...alah haritutu...takkan x tahu kot bile??ok2 Fairuz bagitahu hari Sabtu,3 Mac 2012,telah berlaku satu rompakan di sekolah Fairuz....ehh silap2 rompakan pulak spotcheck(x tahula btul ke tak ejaan nie)dekat dataran sekolah pada jam 11.40 pagi!!Cikgukat sekolah Fairuz tu(taknakla bagitahu nama kesian cikgu tu)..dia menjalankan operasi spotcheck henset...semua budak yg bawak henset tu jantung dia berbunyi dup dap...dup dap...lepastu cikgu tanye sape bwk henset baik mengaku sendiri,mula2 memangla takde orang nak ngaku...tapi bile cikgu cakap sape yang ngaku cikgu xkan ambik henset dia pastu adela dalam 4 ke lima orang ngak, dalam 4 ke lima orang tadi ade jugak kawan Fairuz kt situ...pastu cikgu panggil diorang ke depan..semua jln dlm jantung dup dap...dup dap....pastu bagi yang tak payah ke depan tu semua kena spotcheck kat dlm beg,dekat baju,kat anak tudung dan lain2 tempat lagi(bagi perempuan la,laki..entahla,mungkin sama kot)....pengawas sekolah kena cek beg je..yang cek kat badan cikgu...ade yang melarikan diri(pendapat kawan2 sekela diorangla,Fairuz x tau)cikgu suruh dua orang pengawas pergi cari...then datanglah dua orang pengawas tadi dengan membawa bdk yg lari tadi...rupa-rupanya pengawas yg dua orang tadi cakap diorang x larikan diri pun cuma lepak kt dalam kelas je....hmmm tu la bagi sesiapa yang nak bagitahu sesuatu maklumat lain kali cek la dulu nanti jadi FITNAH baru tahu...oklah Fairuz nak sambung cerita pasal budak2 yg bwk henset tadi...budak2 yg mengaku tadi henset diorang kena rampas jugak dengan cikgu...Fairuz pun pelik,cikgu cakap siapa yg bawak henset tapi dia ngaku x kena rampas henset...rupa-rupanya cikgu saja cakap camtu sebagai umpan supaya diorang yg bwk henset tu ngaku dan datang ke depan...sebenarnya bawak henset tu memanglah salah,tapi cikgu pun salah sama,sbbnya...nak tahu kenapa cikgu pun salah...sebab cikgu mengajar sesuatu yang tidak elok kepada pelajar iaitu dengan menipu...btul x???oklah sampai sini dulu cerita untuk hari ni...sampai kita berjumpa lagi di catatan yang baru......KAWAN2 DOAKANLAH FAIRUZ SEBAB DAH NAK PREKSA MINGGU DEPAN...FAIRUZ PON DOA KAT SEMUA ORANG YANG BACA DAN FOLLOW BLOK NIE JE...HAHAX...BYE3..WASALAM....!!!...

Sabtu, 3 Mac 2012

KATA-KATA HIKMAT

ALLAH

KATA-KATA HIKMAT

KATA-KATA HIKMAT

KATA-KATA HIKMAT

KATA-KATA HIKMAT

KATA-KATA HIKMAT

KATA-KATA HIKMAT

KATA-KATA HIKMAT
KATA-KATA HIKMAT

KATA-KATA HIKMAT

Jumaat, 2 Mac 2012

Kata-Kata Motivasi Untuk Belajar

SUNGGUHKAH mawar tumbuh di datar,
Kalau datar mana alunnya,
Sungguhkah kata kamu belajar,
Kalau belajar mana pandainya?


Sebagai seorang pelajar, memang sudah menjadi tanggungjawab kita untuk belajar. Masalah dengan ‘tanggungjawab belajar’ ini ialah kita kekadang menjadi lali dengannya. Manakan tidak, ia sudah menjadi rutin harian selama berbelas-belas tahun.
Ia sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan. Jadi sudah tidak begitu terasa yang ianya merupakan satu tanggungjawab. Ia lebih kepada – pergi ke sekolah, bawa buku, jumpa guru, jumpa kawan dan balik rumah. Hidup seharian sahaja.
Hanya sesekali apabila musim peperiksaan tiba, baharulah sedikit terasa perlunya belajar. Malangnya, motivasi untuk belajar pula tidak sekuat mana. Abang sama sekali tidak menyalahkan adik-adik. Ia memang hampir tidak terasa suatu tugas. Hehee..
Kepada adik pelajar yang ingin menaikkan semula motivasi belajar, berikut beberapa kata-kata motivasi belajar untuk menaikkan semula semangat belajar adik-adik..





1. 95% kejayaan tergantung pada mindset. Mindset dibentuk dari pembelajaran.
2. Tumbuh itu adalah ciri-ciri makhluk hidup. Berkembang adalah ciri-ciri seorang manusia. Berkembang itu pula dimulai dari belajar.
3. Murid yang mempersiapkan diri dengan senjata informasi akan selalu memenangi pertempuran.
4. Tiada istilah gagal, yang ada hanya kejayaan atau belajar lagi.
5. Satu-satunya yang menghalang kita adalah keyakinan yang salah dan sikap yang negatif.

6. Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh dua kali pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

7. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

8. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.
9. Belajar ketika letih adalah membuang masa.
10. Kerjakanlah lebih dari bayaran kamu dan kamu akan dibayar lebih dari yang kamu kerjakan.
11. Sulit jadinya bila kamu harus, tetapi mudah jadinya bila kamu ingin.
12. Gunakan akal kamu seolah-olah nyawa kamu bergantung kepadanya.
13. Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya.
14. Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
15. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

 

Larangan Memakai Gelang Berloceng


Larangan memakai gelang berloceng

APAKAH hukum memakai gelang kaki dalam kalangan wanita Islam?

JAWAPAN:

Apabila seseorang wanita itu menjaga auratnya di hadapan bukan mahram, ia bukan sahaja menjaga maruah dirinya, malah menjaga wanita mukmin seluruhnya. Maruah dan harga diri wanita begitu tinggi dan bernilai.

Wanita Islam wajib menjaga auratnya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak mereka atau anak tiri mereka atau saudara mereka, anak saudara lelaki mereka, anak saudara perempuan mereka, sesama perempuan Islam atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada wanita atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah kamu menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.”

(Surah An-Nur :Ayat 31)

Menutup aurat bukan sekadar memakai tudung semata-mata, tetapi ia merangkumi aspek keseluruhan tubuh seseorang wanita. Haram bagi seseorang wanita mendedahkan aurat kepada lelaki yang bukan mahramnya seperti yang dijelaskan oleh ayat di atas. Perlu dijelaskan kerana kegagalan menjaga aurat menyebabkan ramai wanita dicampakkan ke dalam neraka.

Ini dijelaskan dalam sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Perempuan-perempuan yang memakai pakaian, tetapi masih seperti telanjang (mendedahkan aurat) sehingga memalingkan lelaki ajnabi ke atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun.” (Riwayat Muslim)

Etika pemakaian menutup aurat yang sempurna adalah pakaian mestilah longgar, tidak ketat, tidak jarang, tidak nipis, tidak memakai wangian yang melampau dan tidak menyerupai pakaian orang kafir. Cara berpakaian yang amat membimbangkan kini apabila ramai kaum wanita Islam memakai tudung di kepala, tetapi berpakaian ketat dan nipis sehingga menampakkan bentuk tubuh.

Islam melarang wanita mukmin memakai gelang berloceng kerana ia akan mengeluarkan bunyian ketika bergerak. Ini boleh mendatangkan fitnah dan menarik perhatian orang lain seterusnya boleh mewujudkan pergaulan bebas yang dilarang dalam Islam seperti yang dijelaskan dalam ayat di atas.

Jauhi susuk ayat

APAKAH hukum memakai susuk dalam Islam? Bagaimanakah pula dengan susuk ayat?

JAWAPAN:

SUSUK ialah logam emas, perak atau besi yang amat kecil dan dimasukkan ke dalam tubuh seseorang yang kononnya untuk menjadikan seseorang itu kebal dan cantik supaya ramai yang jatuh hati atau takut kepadanya.

Hukum memakai susuk adalah haram dan dilarang kerana amalan sihir jelas bertentangan dengan Islam.

Islam meletakkan sihir sebagai salah satu daripada dosa besar yang perlu dijauhi. Seperti sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud, jauhilah daripada tujuh dosa besar.

Mereka bertanya, wahai Rasulullah. Apakah dia? Sabda baginda: Syirik kepada Allah, mengamalkan sihir, membunuh diri yang diharamkan Allah kecuali dengan cara yang benar, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan yang baik melakukan zina. (Sahih al-Bukhari )

Trend terkini yang mengelirukan masyarakat dengan mengatakan bahawa harus menggunakan susuk ayat yang diambil daripada ayat-ayat al-Quran untuk kelihatan cantik wajib dijauhi.



Sesungguhnya Allah telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian dan manusia perlu menghargai nikmat kurniaan-Nya. Janganlah kerana sedikit kesenangan dunia yang sementara menyebabkan kita mendapat kesusahan di akhirat.
!!Perhatian!!
Tolong sebarkan !!
Kepada rakan-rakan !!
Air 100 plus haram diminum !!
- Sangat haram
... -tak patut sangat minum

-Kalau...........
-Tak dibayar la ! Haha xD

Anda dah terkena, kenakan rakan anda pulak x) :P

(copy dari kawan hahax..)